/* */

“Bukannya Dia Makan Bab*!” – Makan Piza Jofliam, Ramai Netizen Nak Boikot Wany Hasrita

Hiburan

“Bukannya Dia Makan Bab*!” – Makan Piza Jofliam, Ramai Netizen Nak Boikot Wany Hasrita

Penyanyi popular Wany Hasrita menjadi sasaran kecaman netizen selepas berkongsi foto piza milik usahawan kontroversi Jofliam menerusi Instagram baru-baru ini.

Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 33, memuat naik momen menerima piza berkenaan ketika mereka sama-sama menghadiri sebuah acara jualan barangan terpakai. Dalam perkongsian tersebut, Wany menulis kapsyen ringkas, “Sekali seumur hidup merasa,” di InstaStory miliknya.

Advertisement

piza jofliam

Bagaimanapun, perkongsian itu mencetuskan reaksi negatif apabila penyanyi lagu Menahan Rindu itu dituduh sebagai menyokong Jofliam, yang juga merupakan bekas suami kepada pempengaruh terkenal Cik Epal. Situasi tersebut menyebabkan sebahagian netizen menyuarakan hasrat untuk memboikot Wany.

Minat Wany Hasrita sebelum ini sebab aku suka perwatakan dan lagu-lagu dia. Tapi maaf cakap, lepas ini tidak lagi. Bukan masalah teringin ke apa. Kamu tahu apa yang terjadi.

Ini bukan tentang urusan peribadi adalah urusan peribadi, tetapi tentang empati dan sifat perikemanuniasaan. ‘Unfollow’ (nyah ikut) dan tiada lagi sokongan.

Namun begitu, di sebalik kecaman yang diterima, ada juga pihak tampil mempertahankan penyanyi itu dan menegur netizen agar tidak terlalu taksub dengan isu melibatkan Cik Epal dan Jofliam.

Apa bodohnya di subuh hari ini aku baca netizen kecam Wany Hasrita sebab dia makan piza Jofliam. Bukannya dia makan babi.

Hasil tinjauan mendapati Wany telah memadam hantaran tersebut daripada akaun Instagramnya.

Untuk rekod, pertelingkahan antara penyokong Cik Epal dan Jofliam tercetus sejak pasangan itu bercerai pada Oktober 2024.

Isu tersebut menjadi semakin hangat apabila perpisahan mereka dikatakan berpunca daripada orang ketiga, iaitu pekerja Jofliam sendiri, Elmira Delyati Dewi, yang kini sah menjadi isterinya sejak April lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

zara zya
2025-12-20 13:11:58

Zara Zya Dedah Hidap Kanser Sel Buah Pinggang Tahap Satu, Nasihat Jangan Abaikan Isyarat Badan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...
Related Content: Video Terpalit Isu Pukul Anak Angkat Aliff Syukri Mohon Maaf | Pemandu Degil Ingkar Pkp Dijerit Polis Nama Fikry Ibrahim Dipetik Netizen | Hairstyles | Food | Healthy Breakfast Recipes