Afifah Hidayah Nasihatkan Ibu Bapa Agar Tulis dan Berdoa Yang Baik-Baik, Dalam Kapsyen Terbaru Di Threads
Selepas konflik rumah tangga yang tercetus, setiap hantaran dan perkongsian penyanyi Nubhan serta isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, di media sosial sering mendapat perhatian ramai.
Dalam satu perkongsian terbaru di Threads, Afifah memuat naik foto bersama salah seorang anaknya yang sedang membaca sebuah buku. Di ruangan kapsyen, Afifah mengingatkan bahawa tindakan dan penulisan ibu bapa memberi kesan besar kepada anak-anak.

“Tulis yang baik-baik, doa yang baik-baik. Ibu bapa cerminan buat anak-anak,” tulisnya.
Namun, hantaran tersebut mendapat perhatian seorang individu yang dipercayai adik kepada Afifah, iaitu Zaim Tawfek. Zaim meluahkan rasa kecewa terhadap sikap Nubhan dan menasihati Afifah supaya tidak lagi berduka dengan tindakan suaminya itu.

Sebelum ini, Nubhan telah memfailkan tuntutan hadanah penuh serta interim terhadap anak-anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Untuk makluman, Nubhan pernah melafazkan talak satu kepada Afifah pada 2017 ketika dia sedang enam bulan hamil anak pertama mereka. Walaupun mereka telah merujuk semula, lafaz talak dan rujuk itu tidak dilaporkan kepada Mahkamah Syariah.
Kemudian, Nubhan memfailkan pengesahan lafaz talak pertama (2017), rujuk, dan lafaz talak kedua (Ogos 2025) di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
Nubhan dan Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga anak iaitu Aafiya (8 tahun), Ahmad Aaffan (6 tahun), dan Afzan Nayille (3 tahun).
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
