Tindakan seorang pempengaruh mempromosikan produk jus kesihatan dengan dakwaan mampu merawat penyakit tiga serangkai iaitu kencing manis, darah tinggi dan masalah buah pinggang mencetuskan tanda tanya serta kebimbangan dalam kalangan warganet.
Ramai netizen berpendapat pempengaruh berkenaan membuat dakwaan berlebihan (overclaimed) apabila menyatakan jus yang dijualnya mampu menggantikan rawatan perubatan.
Menurut pempengaruh tersebut, ibunya sebelum ini mengalami masalah kencing manis yang tinggi dan bergantung kepada suntikan insulin. Namun, selepas mengamalkan jus berkenaan, ibunya didakwa tidak lagi memerlukan insulin.
Bagaimanapun, dakwaan tersebut menerima kritikan keras, termasuk daripada laman Makan Dalam yang mempersoalkan logik dan keselamatan dakwaan berkenaan.
Hari itu kau merajuk dan persoalkan, kenapa netizen memandang rendah orang yang cuma ada SPM. Hari ini kau sendiri jawab dengan jus yang kau jual.
Kau jual jus campuran, limau, kuma, halia, delima, bawang putih, dan kau klaim boleh sembuhkan penyakit 3 serangkai.
Inilah sebab kenapa pendidikan itu penting. Supaya kita boleh bezakan makanan tambahan dengan ubat yang terkawal.
Laman sama turut mempersoalkan bahan-bahan dalam jus itu yang disifatkan sekadar ramuan makanan dan tidak boleh menggantikan ubat seperti metformin atau insulin yang ditetapkan oleh doktor.

Tindakan pempengaruh itu turut dianggap berbahaya kerana berpotensi mempengaruhi pesakit untuk meninggalkan rawatan hospital dan bergantung kepada jus berkenaan.
Dua bahan ini ada gula asli daripada buah-buahan, kemudian dia tinggalkan ubatan hospital, kemudian bacaan gula mencanak. Siapa nak bertanggungjawab? Kamu?.
Susulan itu, ramai netizen menasihati pempengaruh berkenaan agar tidak menggunakan naratif ‘jangan hina orang yang sekadar ada SPM’ sebagai alasan mempertahankan tindakannya.
Menurut mereka, ramai individu berkelulusan SPM berjaya, namun perbezaannya adalah tidak mendakwa diri mampu memberi nasihat atau rawatan perubatan tanpa kelayakan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

