/* */

“Berbaring Atas Katil, Rakam Diri Sendiri, Nak Perhatian?” – Tareq Fit Tegur Lelaki Buat Trend ‘Jamilah’

Kehidupan

“Berbaring Atas Katil, Rakam Diri Sendiri, Nak Perhatian?” – Tareq Fit Tegur Lelaki Buat Trend ‘Jamilah’

Jurulatih kecergasan terkenal, Tareq Fit, tampil menegur segelintir lelaki yang terlibat dengan trend ‘Jamilah’ yang tular di TikTok, yang menurutnya menjejaskan imej kelelakian mereka.

Tareq berkata, trend tersebut menampilkan lelaki berbaring sambil merakam video menggoda, sehingga aura fizikal dan mental mereka hilang.

Advertisement

Lelaki sibuk (dengan) Jamilah. Trend mengarut dan ikut syahwat hingga membuatkan orang lain turut mengikuti trend itu.

Mana aura lelaki dan aura seorang muslim. Yang dulunya kuat fizikal dan mental. Sekarang baring atas katil, rakam diri. Nak perhatian kan? Nak pujian kan?

Menurut Tareq, sifat terikut trend yang tidak mendatangkan manfaat itu turut menjadi punca kelemahan fizikal dan mental golongan lelaki masa kini.

Tariq fit

Kalau ketua lemah semua akan jatuh. Kebanyakan yang menganggu masyarakat dan agama kita sekarang ini adalah lelaki. Sebab lelaki lemah tidak ikut undang-undang agama Islam.

Dalam pada itu, Tareq menasihatkan kaum lelaki supaya tidak mudah terjebak dengan trend yang menjatuhkan maruah dan menekankan pentingnya kembali ke fitrah kelelakian.

Lelaki kena ada aura. Tunjukkan hormon kejantanan. Jangan jadi lemah, ‘sotong’ dan ikut trend mengarut.

Jangan emosi, jangan melenting dan cepat koyak. Kuatlah sikit. Jom kembali fitrah. Lelaki lemah saja yang mencari perhatian dan pujian daripada orang lain. Lelaki yang kuat dan sejati dia tidak kisah pun.

Dia akan buat benda yang betul seperti ikut agama dan ikut Allah SWT. Orang puji tidak puji, dia tidak kisah dan hanya fokus saja.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Prince syed
2025-11-10 13:45:09

Kakak Maklum Prince Syed Masuk Hospital, Lain Pula Komen Netizen - "Dah Nampak Hidung Jatuh Tu.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...
Related Content: World News | Skincare | Local News | Politics | Skincare