/* */

“Bayar RM4,500 Satu Malam, Tapi Servis Hauk” – Lelaki Luah Rasa Kecewa Inap Di Hotel 5 Bintang Kuala Lumpur

Kehidupan

“Bayar RM4,500 Satu Malam, Tapi Servis Hauk” – Lelaki Luah Rasa Kecewa Inap Di Hotel 5 Bintang Kuala Lumpur

Seorang lelaki meluahkan rasa kecewa selepas pengalamannya menginap di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur tidak seperti yang diharapkan, walaupun telah membelanjakan RM4,500 untuk satu malam.

Perkongsian itu yang dimuat naik di laman Threads baru-baru ini, menjadi tular apabila beliau mendakwa keadaan bilik dan fasiliti hotel tersebut amat mengecewakan serta tidak sepadan dengan harga yang dibayar.

Advertisement

lelaki luah rasa kecewa

Menerusi beberapa foto yang dikongsikan, kelihatan air paip yang keluar dalam keadaan kotor, manakala pemegang tangan dan cermin dipenuhi habuk, seolah-olah tidak dibersihkan sebelum tetamu masuk.

Lebih mengejutkan, tuala yang disediakan terdapat helaian rambut, ruang bilik air masih basah ketika check-in, serta lampu yang tertanggal daripada tempat asalnya.

Selain itu, lelaki tersebut turut menunjukkan meja yang berdebu dan mendakwa terdapat buah rambutan bersama telur lalat di dalam bilik.

Tempah Speciality Suite untuk sambutan istimewa (bukan naik taraf percuma), jadi memang harap sesuatu yang luar biasa, terutamanya dengan harga RM4,500 semalam.
Tapi apa yang kami dapat? Satu masterclass kekecewaan.

Kekecewaan itu mendorongnya untuk menegur industri hospitaliti di Malaysia, yang menurutnya masih ketinggalan berbanding negara jiran seperti Thailand, Indonesia, dan Singapura, yang berjaya menempatkan hotel mereka dalam senarai dunia.

hotel lima bintang

hotel lima bintang

Kita masih tertanya-tanya kenapa satu pun hotel di Malaysia tidak tersenarai dalam 50 Hotel Terbaik Dunia. Sedangkan Singapura, Thailand dan Indonesia semakin gah dan mendominasi senarai tersebut. Industri hospitaliti Malaysia, kita memang perlu berbincang serius tentang hal ini.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai netizen yang turut bersetuju bahawa standard kebersihan dan servis beberapa hotel tempatan masih belum mencapai tahap antarabangsa, terutama apabila kadar harga penginapan semakin meningkat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-11-12 18:47:49

"Kurang Bertamadun" - Pelancong Jepun Kritik Sikap Rakyat Malaysia Yang Duduk Bersila Di Lantai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...
Related Content: Business | Opinion | Skincare | Beauty | Travel