/* */

‘Baru Darjah Satu Dah Pandai Bab*, Sialkan Orang’

Kehidupan

‘Baru Darjah Satu Dah Pandai Bab*, Sialkan Orang’

Seorang ibu meluahkan rasa bimbang selepas menemui beberapa pucuk surat di dalam beg anaknya yang baru berusia tujuh tahun dan lebih mengejutkan apabila surat itu mengandungi perkataan kesat seperti ‘babi’ yang ditulis oleh rakan sekelas anaknya.

Menurut wanita berkenaan, dia terkejut apabila membaca surat-surat tersebut kerana tidak menyangka murid seawal darjah satu sudah terbiasa menggunakan bahasa kasar dalam pergaulan harian.

Advertisement

budak sekolh

Aku jumpa surat macam ni dalam beg anak aku. Banyak ye surat tu, aku tanya anak aku, dia bagitahu kawan bagi dia.

Baru darjah 1 dah pandai ‘babi babikan’ orang. Geram je aku, patut la budak sekarang ramai tak beradab, umur 7 tahun dah ‘babi babi’,” tulisnya dalam satu perkongsian yang kini tular di media sosial.

Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi daripada ibu bapa lain yang turut meluahkan kebimbangan terhadap bahasa dan tingkah laku kanak-kanak zaman kini.

pelajar sekolah

Seorang lagi ibu, Jasminali, turut berkongsi pengalaman sama apabila anaknya yang berusia lapan tahun sering terpengaruh dengan bahasa kasar daripada rakan sebaya.

Anak saya kalau bergaul dengan kawan-kawan dia yang sama baya kadang-kadang kita takut dengar, sampai cikgu dan sesiapa sahaja mereka akan ‘babikan’, ‘bodoh’ dan ‘sial’. Memang sudah jadi mainan mereka.

Saya selalu tegur, kita sebagai mak ayah memang kena pantau kalau bab ni, semakin merisaukan.

Isu penggunaan bahasa kasar dalam kalangan murid sekolah rendah ini sekali lagi membuka perbincangan tentang pengaruh persekitaran, media sosial, serta sikap ibu bapa dalam membentuk adab dan moral anak-anak sejak kecil.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

perang poster jenama motosikal malaysia
2025-11-04 20:06:36

"Cover Seat Tak Goyang.." - Perang Poster Jenama Motosikal Di Malaysia Buat Netizen Geli Hati

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...
Related Content: Beauty | Skincare | Hairstyles | Perlekeh Petugas Kesihatan Hospital Putrajaya Buat Laporan Polis Terhadap Diva Aa Dayangku Intan | Workouts