Pempengaruh media sosial, Kim Seri, mencuri perhatian warganet selepas berkongsi tangkap layar mesej seorang pengguna media sosial yang mendakwa suaminya berkemungkinan akan mencari wanita lain dan berpisah sekiranya dia dipenjarakan.
Bagaimanapun, Kim Seri dilihat tidak melatah dengan mesej berkenaan, sebaliknya tampil menjelaskan bahawa dirinya kini berada dalam fasa berserah kepada takdir dan percaya bahawa soal jodoh adalah ketentuan Tuhan.

Di fasa tidak lagi menggengam segalanya terlalu erat. Kalau memang milik saya, akan tetap jadi milik saya. Kalau dia menemui lebih baik, alhamdulillah saya bersyukur dan tetap akan berbahagia untuk dia.
Dalam hantaran sama, Kim Seri turut menyatakan bahawa sekiranya selepas keluar dari penjara dia tidak lagi bersama suaminya, dia tetap mempunyai pendirian tersendiri berhubung pasangan hidup pada masa hadapan.
Cuma kalau dah keluar penjara dan dia bukan milik saya lagi dan ditakdirkan saya berjodoh lagi, saya akan tetap memilih suami Korea.
Terdahulu, nama Kim Seri mencetuskan kontroversi selepas beberapa individu tampil mendakwa menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan ke Korea Selatan yang dikendalikan oleh pempengaruh berkenaan, dengan jumlah kerugian dilaporkan mencecah RM500,000.
Susulan dakwaan tersebut, Kim Seri tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan berjanji untuk membayar semula wang pelanggan selewat-lewatnya pada 1 Februari 2025. Namun begitu, sebahagian mangsa mendakwa sehingga kini masih belum menerima bayaran balik seperti dijanjikan.
Untuk rekod, Kim Seri yang kini menetap di Korea Selatan telah mendirikan rumah tangga bersama Choi Amin, seorang warganegara Korea.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

