/* */

Ambil Keputusan ‘Tidurkan’ Kucing Hidap FIP, Netizen Kritik Tindakan ‘Influencer’ Ini – “Maaf Cakap…”

Kehidupan

Ambil Keputusan ‘Tidurkan’ Kucing Hidap FIP, Netizen Kritik Tindakan ‘Influencer’ Ini – “Maaf Cakap…”

Tindakan seorang personaliti media sosial menidurkan kucing peliharaannya mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen selepas kisah itu dikongsikan di platform Threads, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, individu berkenaan memaklumkan kucing kesayangannya yang dikenali sebagai Kibble telah disahkan menghidap penyakit Feline Infectious Peritonitis (FIP) selepas menunjukkan beberapa simptom kesihatan sejak beberapa bulan lalu.

Advertisement

Menurutnya, Kibble mengalami perubahan ketara apabila mula terhincut-hincut serta enggan makan dan minum selama beberapa hari sebelum dibawa ke klinik haiwan untuk pemeriksaan lanjut.

Beberapa bulan lepas, Kibble menunjukkan simptom-simptom yang dia tidak sihat, dia terhincut-hincut dan tidak makan minum dalam beberapa hari.

Kami pergi ke klinik haiwan dan Kibble disahkan positif Feline Infectious Peritonitis (FIP) atau dianggap sebagai virus corona bagi kucing.

Jelas personaliti itu lagi, FIP merupakan penyakit kronik yang memerlukan rawatan berterusan dengan kos yang sangat tinggi. Atas faktor tersebut, dia dan keluarganya membuat keputusan untuk menidurkan Kibble, meskipun mengakui keputusan itu bukan sesuatu yang mudah.

Ia penyakit kronik melainkan mengubati secara berterusan padanya dan ia mempunyai kos yang sangat tinggi. Kami buat keputusan untuk tidurkan dia. Ia bukan keputusan yang mudah.

Bagaimanapun, perkongsian itu mengundang reaksi keras daripada warganet yang rata-rata tidak bersetuju dengan keputusan tersebut. Ramai berpendapat Kibble masih mempunyai peluang untuk diselamatkan sekiranya rawatan diteruskan dan pemiliknya tidak mudah berputus asa.

iman azman fip

Saya minta maaf, tetapi saya rasa awak dah buat keputusan yang salah.

Jangan bela kucing dah lepas ni. Awak tak bertanggungjawab. Kesian dia.

Saya rasa kucing itu boleh lagi diselamatkan. Mereka berhak untuk hidup.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kak nab kahirul aming
2025-12-24 09:53:25

"Tolong Jangan Rasa 'Entitled' Sangat" - Cubaan 'Mengejut' Pempengaruh Nak Jumpa Khairul Aming Di Rembayung Undang Kritikan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...
Related Content: Technology | Education | World News | South Africa | Health