/* */

“Allah Nak Lindung Baby..” – Ameera Khan Dan Jefri Nichol Putus Cinta? Netizen Mula Berspekulasi

Hiburan

“Allah Nak Lindung Baby..” – Ameera Khan Dan Jefri Nichol Putus Cinta? Netizen Mula Berspekulasi

Tak ada angin, tak ada ribut — khabar angin mula bertiup mengatakan pempengaruh terkenal, Ameera Khan, sudah berpisah dengan pelakon kacak Indonesia, Jefri Nichol.

Spekulasi itu tercetus selepas satu ciapan oleh pengguna @asyikin.tina di Threads menjadi tular dan menarik perhatian netizen.

Advertisement

“Little Miss Khan (Ameera) dah putus dengan Jefri ke? Gambar masing-masing dah delete,” tulisnya.

Hasil tinjauan media turut mendapati bahawa semua foto mesra pasangan itu telah dipadam daripada akaun Instagram masing-masing.

Bukan setakat itu, Ameera dan Jefri juga kini tidak lagi saling mengikuti di Instagram, sekali gus menguatkan lagi dakwaan bahawa hubungan mereka sudah berakhir.

little miss khan jefri nichol putus

Untuk rekod, pasangan ini pernah menjalin hubungan cinta sebelum ini, namun dikatakan putus sekitar Oktober 2021 selepas Ameera berhenti mengikuti Jefri di media sosial.

Menariknya, pada Mac tahun lalu, hubungan mereka kembali menjadi perhatian selepas kedua-duanya dilihat kembali rapat dan sering mempamerkan kemesraan di media sosial.

Namun kini, tindakan memadam gambar dan berhenti mengikuti antara satu sama lain menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat adakah percintaan Ameera dan Jefri berakhir sekali lagi?

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bella Astillah Syed Saddiq
2025-11-03 19:31:40

Netizen Dakwa 'Hubungan' Bella Astillah & Syed Saddiq Diganggu Seorang Wanita Rapat - "Tolong Segera Halalkan Dia.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...
Related Content: Local News | Beauty | Lifestyle | World News | Sport